1. AL-FATIHAH

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة

1:1Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
 
1:2Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

1:3Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1:4Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

1:5Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

1:6

Tunjukilah kami jalan yang lurus.
1:7
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

No comments: